Berputus asa bukanlah cara aku. tapi cukuplah yang aku tahu yang kau sayangkan aku. itu sudah cukup memadai. bukan aku ingin membuat keputusan terburu-buru, tapi hati aku sudah letih. letih dengan semua yang berlaku. aku bukan taknak bagi kau masa. tapi hati aku sakit bila mengenangkan semua ini. aku bukan meminta kesakitan, aku hanya meminta kebahagiaan dari kamu.
Mungkin ini jalan takdir bagi kita. aku tetap menjadi burung merpati yang setia dengan burung helangnya. hilangnya aku dari hidup kau selepas ini, aku berharap yang kau akan dapat kebahagiaan bukanlah kesakitan seperti yang kau alami dengan diriku. doaku sentiasa mengiringi kamu. aku taknak ganggu kehidupan kau lagi. biarlah aku jadi seorang yang gadis yang menunggu cinta sejati nya, insyaAllah, andai ikatan kita berdua masih terjalin, aku tidak akan persiakan lagi.
Mungkin sudah tertulis dan suratan kita berdua hanya sampai di sini. aku redha dengan segala-gala yang berlaku. dan aku cukup bertuah kerana aku pernah bertakhta dalam hati suci kamu. walaupun hanya sekejap, tapi kenangan kita sudah cukup buat aku ingat sampai ke akhir nafasku. aku bukanlah jenis yang berterus-terang, tapi hanya di sini aku dapat coretkan. aku bukanlah jenis orang yang merayu, tapi hanya kepadamu aku berkelakuan seperti itu. entah.. aku tidak tahu mengapa..
Sekarang, biarlah masa yang menentukan takdir kita berdua. tapi yang pasti, antara aku dan dirimu sudah tidak ada apa-apa lagi. aku redha dan aku terima dengan hati yang terbuka. aku belajar menjadi orang yang matang. dan kau.. aku tak dapat jaga hati kau. aku sakitkan hati kau. aku buat kesalahan. maafkan aku. aku bersalah.. namun ku harap kau tahu, hati aku sangat mencintai dirimu. sayangkan dirimu. mungkin tidak mudah untuk aku lupakan kamu, sebab aku tak mampu untuk buang kau yang sudah bertakhta dalam hati aku.
Terima kasih atas segala-galanya Lalang :')


No comments:
Post a Comment