hmm mata sedikit rasa mengantok bila balik dari kelas tadi. tadi aku ada kelas ctu ataupun kelas agama islam. memang best kelas ustaz tadi. dia memang ustaz yang awesome. memang kalau dia ajar sikit jer berkenaan dengan study. tapi contoh bukan main banyak huraian dia. pastu dia selitkan dengan lawak jenaka. memang the best and awesome. walaupun dalam kelas tadi aku sedikit berangan, entah syaitan mana yang hasut aku time tu. haha xD
and now, aku balik jer dari kelas. aku tukar baju. aku cuci muka then online macam biasa. haha. bila aku bukak twitter aku, aku tengok satu tweet dia. lepastu aku bukak profile dia. then tengok, dia ada blog. terus aku view. and gotcha! tajuk blog dia "Menggapai RedhaMu". memang sangat awesome! dan dari tadi aku baca sampailah sekarang. sampailah aku terjumpa satu entry dan ayat2 dia memang buat aku terharu, terpegun dan buatkan aku tersedar. cinta Allah lebih sweet dari cinta seorang lelaki :)
Ada ketika saya buat tak tahu je dengan Dia. Dia sentiasa ada je kat sisi. Tapi terkadang saya tak layan pun Dia. Tapi, Dia tetap jugak bagi saya macam-macam nikmat. Saya pulak tak berterima kasih pun kat Dia. Sebab bila saya terlalu leka denagn apa yang saya milik,
saya lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat saya setiap sesuatu tu walaupun saya tak pernah minta pun.
Teruk kan saya? =(
Tapi, Dia sangat sweet...
Dia pun rindu saya jugak. Dia nak saya ingat kat Dia. Dia nak saya sebut nama Dia.
Dia nak saya minta tolong pada Dia. Sebab kalau boleh, Dia memang nak bagi semua benda yang saya mintak on the spot! Tyme tu jugak Dia boleh bagi.
Tapi ada yang Dia hold on dulu. Sebab Dia nak saya dapat yang lagi BEST! Lagi SYOK!
Jadi, bila Dia dah mula rindukan saya, Dia bagi ujian. Dia bukan nak susahkan saya.
Tapi sebab Dia nak tahu, betul ke saya cintakan Dia? Kat bibir kata cinta, tapi kat hati macam mana?
Dan paling penting, Dia nak saya ingat kat Dia. Sebab Dia sangat-sangat rindu kat saya.
Jadi bila diuji, saya rasa sedih, saya rasa payah, saya rasa sakit. Saya mesti nangis!
Tapi, bila macam ni, satu kata yang pasti saya sebut.
Dan saya sangat pasti bukan hanya saya, tapi kita semua pasti akan sebut...
Ya Allah!Allahuakbar!
Dan Dia pasti akan gembira. Sebab kita dah ingat Dia balik. Rindu yang terlerai...
Manusia ni susah nak mengaku salah. Paling teruk, susah nak meminta maaf.
Dengan Dia, saya ada terlalu banyak kisah tentang kesalahan, kekhilafan, kesilapan & keMAAFan.
Daripada mula saya lahir, sampailah sekarang dah banyak kali dah saya sakitkan hati Dia.
Dia kata jangan buat, saya buat jugak. Apa yang Dia suruh buat, saya tak nak buat.
Degil! Kalau dengan manusia, dah lama dah saya patut kena marah.
Tapi, Dia tak pernah marahkan saya. Dia sabar layan kerenah saya.
Sebab Dia tahu, masa tu saya tak betul-betul kenal Dia, saya tak benar-benar fahami Dia.
Jadi, Dia bagi saya peluang lagi.
Ada yang mampu sabar setanding dengan Dia??
Tapi bila dah tahu, bila dah kenal, terkadang tu tetap jugak saya ulang balik kesalahan yang lalu.
Tapi, dengan muka tak malunya, saya pergi minta maaf kat Dia balik.
Dan Dia... selagi roh masih belum ditarik ke kerongkong...
Dia PASTI akan tetap maafkan saya.
Subhanallah, Dia terlalu Sweettt!
okay. yang kat atas kalerful tu, aku copy and paste dari blog tadi tu. awesome kan? memang buat hati aku tersentuh sangat. Allah memang sweet :) dan takkan ada makhluk lain yang boleh melawan kesweetan Allah. hanya Dia :)
dan aku sedar. kesedaran yang membuatkan aku berasa kerdil. sangat kerdil. dengan semua yang berlaku yang telah membuatkan aku alpa. alpa dengan segalanya. mengejar cinta yang tak pasti sedangkan aku perlu mengejar cinta yang abadi dahulu. iaitu cinta terhadap maha Pencipta.
Allahuakbar! ampunilah aku Ya Allah. Aku hanyalah hambaMu yang lemah. Yang sentiasa membuat kesalahan. dosaku tidak tertanggung. hanya kepadaMu ku meminta, ampunilah dosaku :')
p/s - Jika kau mahu hati sentiasa hidup & tidak kesepian dikala keseorangan,
cintailah & bergantunglah pada yang tidak akan pernah mati, Allah :')
korang nak tahu blog dia? mehhh nie link dia http://http://cahayabungalavender.blogspot.com/ . baca tau jangan tak baca :)


No comments:
Post a Comment