7 February 2013

Let bygone be bygone :')



"Dear Allah, I've tried my best, but if today I lose my hope. Please tell me that Your plans are better than my dreams" :')




Mimpi tidak semuanya indah. Kadang-kadang kita harus redha dan sabar dengan ketentuan yang Allah telah berikan kepada kita. Dugaan, kesedihan, pemergian itu adalah salah satu cara untuk Allah menguji kita. 
Walaupun hati kita sedih, kita perlu teruskan hidup. Kehidupan adalah satu keindahan yang tidak terucap andai kita menikmati segala yang telah dikurniakan kepada kita. 

Begitu juga dengan perpisahan. Perpisahan sering terjadi dalam kehidupan kita. Dia pergi meninggalkan kita. Kadang-kadang pemergiannya akan kembali, tapi kadang-kadang pemergiannya adalah untuk selama-lamanya. Kita harus terima segala suratan takdir yang telah tertulis buat kita. 

Begitu juga cinta. Kata orang, cinta itu buta. Yang boleh membutakan mata manusia dan juga hati manusia. Orang juga kata, cinta itu tidak semestinya memiliki. Memang. Walaupun sekuat mana cinta kita, sekuat mana kasih sayang kita terhadap seseorang itu. Andai tiada jodoh, kita tidak akan dapat memiliknya. 

Dan kini... Aku masih berusaha untuk mendaki. Masih mendaki tangga yang selalu aku naiki. Tapi, kemuncak tangga itu sehingga kini aku tidak dapat lihat apatah lagi untuk memijaknya. Sering kali untuk ku mendaki tangga itu, sering kali juga aku tersungkur. Dan kembali dari bawah. Kadang-kadang ketika aku mendaki, terdapat halangan yang datang. 

Ya Allah, hanya satu pintaku. Berikan aku jalan untuk ku meneruskan perjalanan hidupku dengan tenang. Aku ingin mengembalikan senyuman ku yang dahulu. Aku inginkan kehidupan aku yang indah dan bukan penuh kepura-puraan seperti kini. 

Senyumanku. Gelak ketawa ku. Gembiraku. 
Aku inginkan semuanya seperti dahulu. Terlalu teringin. 
Tapi, andai ini sudah jalan takdirku. Aku redha dan terima dengan hati yang terbuka. Yang pasti, aku akan meneruskan untuk mendaki tangga itu dan sampai ke kemuncaknya. Dugaan yang akan mendatang akan ku tempuh. Walaupun aku hanyalah seorang perempuan yang lemah, aku akan menguatkan diri aku, hati aku. 

Aku ingin melupakan segala kenangan yang membelenggu di dalam hidup dan hati aku. Maafkan aku. Aku mengaku kenangan kau dan aku masih segar di dalam ingatan aku. Walaupun aku berusaha untuk melupakan, tetapi kenangan itu tetap datang. 

Aku harap kau mengerti, yang aku terlalu susah untuk melupakan orang yang aku sayang. Aku mengaku, aku masih menyayangi kau. Tapi aku harus terima hakikat yang kau dan aku kini sudah tiada lagi. Hubungan kita sudah lama berakhir. Hanya satu pintaku, tinggalkan aku. Kau tahu hati aku mudah terusik dengan tingkah laku kau. Biarkan aku bersendirian. Aku perlukan masa. Masa yang aku sendiri tak tahu berapa lama. 

Yang pasti, masa itu akan mengambil masa yang cukup lama untuk aku melupakan kau dan kenangan kita. Terlalu banyak kenangan kita, dan terlalu manis untuk dikenang. tapi biarlah aku akhiri di sini. kerana aku dah tak mampu lagi.. Biarlah aku membakar kenangan itu. 

Aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan kau bersama si dia. Jagalah dirinya seperti kau jaga aku dulu. Sayangilah dia. Aku doakan hubungan kau dan dia hingga ke akhir nyawa. Biarpun hati aku sedih, tapi sekurang-kurangnya aku dapat melihat kegembiraan kau bersama si dia walaupun itu sakit. Tapi, aku tahu gembira kau hanya bersama si dia. Dan bukannya bersama aku. Aku pasrah..

Percayalah, kau adalah insan yang paling ku sayang dan insan yang terbaik yang pernah datang di dalam hatiku. Walaupun persinggahan itu cuma sekejap, tapi mampu membuatkan aku terlalu bahagia. Terima kasih untuk segala-galanya :')



No comments:

Post a Comment