15 February 2013

Tunjukkan aku jalan..



"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu.. Pasti akan damailah hatimu, kerana masakan Allah sengaja  mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya :)"



Biarlah hati ini diuji jika itulah adalah cara Allah untuk ku mengadu kepadaNya. 
In shaa Allah. Aku akan terus melangkah hingga ke penghujung jalan hidupku. Aku akan lalui jalan ini dengan redha. Aku akan terus pertahankan hati ini untuk terus disakiti lagi. Aku akan menuju kepuncak yang selama ini ingin ku kecapi. 

Biarlah sekarang ini hanyalah angan-angan bagiku. Yang pasti, aku akan terus mengubah angan-angan itu menjadi realiti. Aku akan terus menggapainya sehingga berada di genggamanku. 

Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan dan ketabahan hati untuk menuju ke jalan yang diredhaMu Ya Allah. Kau hapuskanlah air mata ku ini Ya Allah. Kau hilangkanlah kesedihan hati ini Ya Allah. Kau berikan aku semangat yang baru ke dalam jiwa ku Ya Allah. :')

Dari dulu sehingga kini, aku hanya berpegang dengan satu kata, 


"Just Stay Strong" 

:')


p/s : Thanks to Fazlina Humayra :)




No comments:

Post a Comment